Spain VS Italy : Final Euro 2012. Mana Satu Pilihan Anda? UPDATE : Spain – Juara Euro 2012

[UPDATE pada 2 Julai 2012] Euro 2012 Final : Spain Vs Italy : Siapa sangka perlawanan final Euro 2012 kali ini menemukan Spain VS Italy? Tiada siapa yang menyangkanya. Di atas kertas pemerhati bola sepak dunia lebih memilih pasukan glamor dan tersohor seperti Jerman, Belanda dan juga Spain merupakan antara senarai pasukan pilihan utama trofi paling berprestij di Benua Eropah ini. Tetapi inilah yang dikatakantrans Spain VS Italy : Final Euro 2012. Mana Satu Pilihan Anda? UPDATE : Spain   Juara Euro 2012 kelebihan bagi pasukan yang bergelar Azzuri ini.

Mereka berjaya bermain dan dan menunjukkan prestasi sebenar tanpa sebarang harapan dan tekanan sebaliknya menunjukkan prestasi yang menakjubkan dalam Euro 2012 ini.
 

(Olimpik 2012) Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Badminton-Siapa Bakal Juara?

Hanya selangkah sahaja lagi sebelum jaguh baminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan melakar kejutan serta rekod Malaysia bagi memenangi pingat emas dalam Olimpik 2012 di kota London ini.

Perlawanan akhir yang dijangka akan diadakan pada pukul 1 petang ini waktu London (pukul 8 malam waktu Malaysia) ini, bakal mewujudkan pertembungan peribadi yang sengit, dimana Lee Chong Wei yang memang dhagakan kemenangan ke atas seteru utama, lantas memenangi pingat emas yang terlepas daripadanya, pada sukan Olimpik 2008 di beijing lalu dtangan “musuh” yang sama.

Kami, daripada Beritasemasa ingin mengucapkan Selamat Berjuang berhabis-habisan buat Datuk Lee Chong Wei untuk melakar sejarah.Sokongan kami terhadap Datuk Lee Chong Wei sememangnya tidak berbelah bahagi.

Kepada yang ingin mengikuti siaran lansung pertembungan hebat badminton Olimpik 2012 ini, TV1 bakal membuat siaran langsung manakala, bagi pengguna Astro, anda boleh mengikuti Channel 829 dan 849(HD) untuk siaran berdefinasi tinggi.

Go Lee Chong Wei!

Update:

Keputusan Perlawanan Akhir Badminton Olimpik 2012 akhirnya memihak kepada Lin Dan setelah menewaskan Lee Chong Wei dalam rubber set iaitu 15-21, 21-10 dan 21-19.Namun begitu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei.

Walaupun tewas, kesungguhannya dalam perlawanan tersebut memang kami puji.Inilah sebenarnya semangat sukan yang perlu ada bagi setiap atlit yang mewakili Malaysia.

Tidak mengapa Datuk Lee Chong Wei.Kesedihan anda kami rasai.Buat peminat sukan badminton Malaysia, ambil maklum bahawa TIADA Aiskrim percuma diberikan atas kekalahan ini.
 
 
Template Created by Creating Website Published by halimislam.com