Pemain Barcelona, Cesc Fabregas baru-baru ini menyatakan kekecewaannya kerana tidak berpeluang bermain sepenuh masa di setiap perlawanan musim ini.
Minggu Fabregas dikeluarkan pada minit ke-63 menentang Valencia dan digantikan oleh Andres Iniesta menambahkan lagi penderitaannya.
"Tiada makna seorang pemain simpanan terbaik di dunia dalam arena bola sepak," itulah rintihan Fabregas.
Menyertai semula kelab yang di tinggalkannya itu musim lepas dari Arsenal atas kemahuan diri sendiri sedikit sebanyak membawa padah musim ini kerana pertambahan pemain baru.
Bekas rakan sepasukannya, Alex Song baru sahaja menyertai kelab gergasi Sepanyol itu dan ini akan memeningkan lagi kepala jurulatih, Tito Vilanova untuk memilih pemain.
Fabregas perlu ingat bahawa dia telah dijanjikan sebagai pemain gantian jangka masa panjang kepada Xavi. Xavi masih lagi bermain seperti biasa dan Cesc harus faham situasi ini.
Bermain dalam kelab yang hebat dan dipenuhi bintang bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Malahan gandingan sedia ada, Xavi-Iniesta-Busquets cukup hebat ditambah pula dengan kehadiran Fabregas dan Song yang kini sedang mencari ruang untuk menembusi kesebelasan utama Barca.
Nasihat saya kepada Cesc, dia harus bersama kerana Xavi mungkin tidak mampu berada pada tahap terbaik musim depan dan ini memberi peluang kepadanya untuk maju ke hadapan.
Post a Comment