1 September 2012
KUALA LUMPUR- Bekas pemandu Formula 1 Gianmaria Bruni mendahului barisan 30 kereta pada permulaan edisi ke-13 perlumbaan lasak Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER) selama 12 jam yang secara rasminya bermula 12.04 tengah hari di Litar Sepang hari ini.
Bermula di petak utama bagi pasukan Clearwater Racing Team, Bruni, yang mewakili pasukan European Minardi pada 2003 dan 2004, berpasangan dengan pemandu sportscar terkemuka dari Ireland Matt Griffin dan pemandu dari Singapura Mok Weng Sun yang merupakan ketua pasukan dan bekas pemenang acara berpretij itu.
Mok berkata arahan yang diberikan kepada Bruni amat mudah iaitu beliau perlu memandu jentera Ferrari 458 sepantas mungkin dan mendahului semua saingan mereka sebelum menyerahkan kereta itu kepadanya selepas 75 minit, iaitu tempoh pemanduan maksimum yang dibenarkan bagi setiap pemandu.
"Kami beritahu Jimmy (Bruni) supaya menggunakan sepenuhnya pengalamannya untuk membuka ruang untuk kami. Sepertimana yang anda tahu, Jimmy amat pantas dan amat berpengalaman. Sebab itu kami pilih beliau untuk memulakan perlumbaan bagi pasukan kami," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam kenyataan dikeuarkan Sepang International Circuit (SIC) di sini hari ini.
Perlumbaan itu dilepaskan oleh pemandu Moto3 Malaysia Muhammad Zulfahmi Khairuddin, yang mewakili pasukan Asia AJO Racing Team dan diiringi Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Mahathir, yang merupakan bekas juara MMER; memenangi gelaran itu pada 2008 bersama-sama dengan Sven Herberger dan Lars Erik Nielsen bagi pasukan Hong Leong Kencana Racing Team. -Bernama

Post a Comment