Hanya selangkah sahaja lagi sebelum jaguh baminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan melakar kejutan serta rekod Malaysia bagi memenangi pingat emas dalam Olimpik 2012 di kota London ini.
Perlawanan akhir yang dijangka akan
diadakan pada pukul 1 petang ini waktu London (pukul 8 malam waktu
Malaysia) ini, bakal mewujudkan pertembungan peribadi yang sengit,
dimana Lee Chong Wei yang memang dhagakan kemenangan ke atas
seteru utama, lantas memenangi pingat emas yang terlepas daripadanya,
pada sukan Olimpik 2008 di beijing lalu dtangan “musuh” yang sama.
Kami, daripada Beritasemasa ingin
mengucapkan Selamat Berjuang berhabis-habisan buat Datuk Lee Chong Wei
untuk melakar sejarah.Sokongan kami terhadap Datuk Lee Chong Wei sememangnya tidak berbelah bahagi.
Kepada yang ingin mengikuti siaran
lansung pertembungan hebat badminton Olimpik 2012 ini, TV1 bakal membuat
siaran langsung manakala, bagi pengguna Astro, anda boleh mengikuti
Channel 829 dan 849(HD) untuk siaran berdefinasi tinggi.
Go Lee Chong Wei!
Update:
Keputusan Perlawanan Akhir Badminton
Olimpik 2012 akhirnya memihak kepada Lin Dan setelah menewaskan Lee
Chong Wei dalam rubber set iaitu 15-21, 21-10 dan 21-19.Namun begitu,
kami ingin mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei.
Walaupun tewas,
kesungguhannya dalam perlawanan tersebut memang kami puji.Inilah
sebenarnya semangat sukan yang perlu ada bagi setiap atlit yang mewakili
Malaysia.
Tidak mengapa Datuk Lee Chong Wei.Kesedihan anda kami rasai.Buat peminat sukan badminton Malaysia, ambil maklum bahawa TIADA Aiskrim percuma diberikan atas kekalahan ini.
Post a Comment