RUANGAN IKLAN BERBAYAR
POST TERIKINI

Kata-kata Hikmah

KATA-KATA HIKMAT


REPUTASI KATA IBARAT KACA

SENANG DIHANCURKAN
TETAPI SUKAR UNTUK MEMPERBAIKINYA

ILMU ADALAH KUASA

- Francis Bacan.

BIARPUN SERIBU KAPAL TENGGELAM DI TENGAH LAUTAN,
NAMUN CITA-CITA MENUSIA TIDAK PERNAH PADAM.
- Hamka.

KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA,
BUKAN KEJAYAAN.
- Mahatma Gandhi.

JIKALAU SATU-SATUNYA YANG ADA HANYALAH TUKUL,
MAKA SEMUA MASALAH AKAN DILIHAT SEPERTI PAKU.
- Maslow.
ORANG YANG DILAHIRKAN DI DALAM KANDANG KUDA,
TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI KUDA.
- Pepatah Inggeris.
 

Iklan jawatan guru J-QAF Ahad ini


GURUN: Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh negara akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini. 

 Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Januari depan.Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF. 


"....kerana isu ini sering dibangkitkan di Parlimen, pendekatan ini adalah yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di NAZA Automotif di sini, hari ini. 

Pengajaran J-QAF bermula pada 2005 namun kekurangan guru di sekolah rendah turut menyebabkan pengajarannya di sekolah menengah yang dijadual bermula pada pertengahan tahun ini ditangguhkan. 

Mohd Puad yang juga pengerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Kekurangan Guru-Guru J-QAF berkata keputusan itu seiring dengan kehendak kementerian kerana ia berkaitan pendidikan moral pelajar. 

Guru-guru ini akan menjalani mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama satu setengah tahun bermula dari tarikh mereka mengajar. Ini bermakna sambil mengajar mereka belajar, katanya. 
Beliau berkata syarat utama ialah calon memiliki ijazah Pendidikan Islam dan umur tidak melebihi 37 tahun. 

Seminar Keibubapaan itu dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad bersama Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya, dihadiri lebih 1,000 orang pengetua, guru besar dan ibu bapa. 

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail yang juga pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya turut membentangkan kertas kerja bertajuk 'Liberalisasi: Cabaran Masa Kini." - BERNAMA
 

Al-Quran Digital









Model: M10
Assalammualaikum

Adakah diri anda mengalami masalah berikut?

- kurang pandai bacaan tajwid


A) Spesifikasi

1. Quran Bersaiz Besar (16.7cm x 23.7cm)

2. Qaida Nouraniah.

3. Talking Dictionary (14 Bahasa)

4. Sahih Al-Bukhari

5. Earphone

6. USB cable

7. Charger

8. Guide card / Manual / Index

9. Pen Reader

B) Bacaan lebih daripada 4 Qari, antaranya

Abdul Basit
Mahir Alqeeli
Al-Ajmy
Al-Ghamidi
Al-Minshavi
Al-Afasy
Al-Hussary
Al-Hudaify

C) Terdapat Terjemahan Ayat Dalam:

B. Melayu ,English Dan Bahasa lain (Ikut Permintaan Anda)

D) Saiz Quran yang terbesar berbanding quran digital lain & mempunyai menu

Set termasuk :-

1. Kitab Al Quran
2. Muqaddam Iqra
3. Pen Reader
4. Charger & USB Cable & Earphone
5. Kad Harian & Manual
6. PERCUMA Talking Dictionary & Kitab Sahih Al Bukhari

Kelebihan Memiliki Quran Digital M10

1. Mudah digunakan semudah ABC (A- Start Pen B- Buka Al-QUran & C- Tunjukkan pen ke atas ayat yg anda inginkan...dengari ...hayati...pelajari lah Al-Quran)
Sama aje dengan Al-Quran biasa bezanya TEKNOLOGI

2. Terjamahan dalam BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS & ada pilihan lain

3. Pen ini boleh membaca Word By Word atau sepatah demi sepatah ayat Al Quran

4. Kitab Quran saiz besar – sesuai bagi yang ingin lebih jelas

5. Fungsi MP3

6. Terbina dalam bateri Lithium boleh dicas semula - Tahan 6 Jam

7. Bacaan Al-Quran lebih daripada 4 orang qari

8. PERCUMA [ Talking Dictionary ( menghimpuankan 14 bahasa pertuturan harian ) & Kitab Sahih Al Bukhari

9. Anak-anak & mereka yang belum lancar bacaan agar setiap ayat dapat disebut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

10. Ada Slot TF Card tuk memori kad tambahan

HARGA BOLEH DIRUNDING

Berminat boleh hubungi: 013-3605461 (Izat)











Assalammualaikum

Adakah diri anda mengalami masalah berikut?

- kurang pandai bacaan tajwid



SPESIFIKASI AL-QURAN DIGITAL
1)Ia Sangat Mudah Digunakan!

2)Di lengkapi ciri -ciri terbaik , di sebelah kiri terdapat
terjemahan dan tunjuk pen ke bahasa malaysia terjemahan akan dilakukan .
Tunjukkan sebelah kanan pen pada qari yang ada maka pen mula membaca .
Tunjukkan pen di bawah untuk anda merakam suara anda dan meperlahankan suara .

3) Dilengkapi 30 Juzuk Al Quran, Iqra' & Doa Harian. Al-Quran Digital ini
lengkap bacaan Al Quran iaitu sebanyak 114 surah (30 juzuk) beserta bacaan
untuk mempelajari Iqra' & doa-doa harian terpilih dalam Bahasa Arab.

4) Terjemahan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.Juga bahasa lain mengikut permintaan.

5) Bacaan Al Quran
daripada Imam Besar Masjidil Haram & Qari terpilih seperti Sheikh Abdul Rahman
As Sudais, Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid,Sheikh Abdul
Al-Matrud dan kesemua terdapat 8 Qari

6) Pen ini boleh membaca word by word atau sepatah demi sepatah ayat Al-Quran
dan yang pertama di dunia

7)Berfungsi Sebagai 'MP3 Player'
Anda juga boleh merakam dan membandingkan bacaan anda dengan bacaan daripada
Imam & Qari terpilih yang telah disediakan.

Aksesori di dalam pakej:
Charger, Earphone, Kad index, Iqra', User Manual, USB cable

Model terbaharu ini disertakan 3 buku elektronik tambahan
1-Shahih Bukhari
2.Panduan haji dan umrah
3.Perbualan asas antarabangsa yang mengandungi pelbagai perbualan semasa travel di luar negara,hanya memilih bahasa seperti thailan,korea,germen,jepun dan banyak lagi.


HARGA BOLEH DIRUNDING

Berminat boleh hubungi: 013-3605461 (Izat)



 

Dollah akui Pahang serba tak menjadi


KUANTAN - "Serba tak menjadi." Itu keluhan jurulatih Pahang, Dollah Salleh apabila pasukannya tewas kepada Selangor 4-1 di hadapan 20,000 penyokong sendiri dalam perlawanan Piala Malaysia, di sini kelmarin.
Beliau yang ditemui selepas perlawanan tersebut mengakui kerapuhan di bahagian pertahanan menjadi punca kekalahan mereka kalah meskipun Pahang bijak menguasai permainan.
"Serba tak menjadi khasnya pada bahagian pertahanan yang nampak begitu rapuh.
"Walaupun kita menguasai perlawanan tetapi apabila bermain dengan pasukan Selangor, hanya buat kesilapan sedikit kita terus menerima padah," katanya.
Pada perlawanan kelmarin, walaupun Pahang banyak mencipta peluang gol lawan namun barisan serangan pasukan tuan rumah yang diketuai Jalaluddin Jaafar gagal menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali yang kerap menggagalkan percubaan Pahang.
Mohd. Amri Yahyah memulakan pesta gol Selangor pada minit ke-14, diikuti tandukan kencang Bosko Balaban pada minit ke-32.
Mohd. Amri sekali meledak gol pada minit ke-50 dan empat minit kemudian, Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol empat hasil Selangor.
Pahang mendapat gol saguhati hasil sepakan penalti Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-70.
 

Bojan hampa serangan tumpul


KOTA BHARU - Ketumpulan jentera penyudah menafikan hajat Red Warriors untuk meraih tiga mata apabila seri tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin.
Keputusan itu menyebabkan Kelantan terpaksa menunggu perlawanan terakhir menentang seteru tradisi, Terengganu di Kota Bharu 14 September ini untuk mengesahkan slot suku akhir.
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak optimis pasukannya mampu layak ke suku akhir, meskipun gagal meraih tiga mata pada perlawanan kelmarin.
Hodak berkata, satu mata yang diraih pada perlawanan tersebut cukup penting untuk mencari slot terakhir dari Kumpulan B selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkankan kemaraan dengan menumbangkan finalis musim lalu Terengganu 2-0.
"Keseluruhan kita beraksi dengan baik dan berjaya mencipta banyak peluang gol, namun gagal dimanfaatkan, yang menyebabkan tiada jaringan dapat dihasilkan.
"Saya tidak menolak kepenatan menjadi faktor kita gagal mempamerkan aksi sebenar selepas mengharungi perlawanan yang sengit sebelum ini. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi corak persembahan pasukan" katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tambahnya, kecederaan yang dialami oleh beberapa tonggak utama memberikan kesukaran untuk dia membentuk gandingan mantap pada perlawanan tersebut.
Dalam pada itu, Hodak melaungkan keyakinan barisan pemainnya akan bangkit pada pertemuan terakhir menentang Terengganu di Kota Bharu nanti.
Menurutnya, tempoh rehat sepuluh hari memberikan peluang terbaik buatnya untuk merencanakan ramuan terbaik bagi menghadapi perlawanan tersebut.
Sementara itu, beliau memuji pemain muda Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim yang menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.
"Saya gembira pemain ini terpilih untuk menjalani latihan bersama skuad Harimau Muda A.
"Ini peluang terbaik buatnya untuk menimba lebih banyak pengalaman dan meningkatkan lagi corak permainan.
"Pemain ini berbakat besar dan saya akan terus menggilap bakatnya dalam usaha menjadikan dia antara pemain terbaik yang pernah dilahirkan oleh Kelantan," tambahnya.
 

Fabregas perlu bersabar



Pemain Barcelona, Cesc Fabregas baru-baru ini menyatakan kekecewaannya kerana tidak berpeluang bermain sepenuh masa di setiap perlawanan musim ini.


Minggu Fabregas dikeluarkan pada minit ke-63 menentang Valencia dan digantikan oleh Andres Iniesta menambahkan lagi penderitaannya.
 

"Tiada makna seorang pemain simpanan terbaik di dunia dalam arena bola sepak," itulah rintihan Fabregas.


Menyertai semula kelab yang di tinggalkannya itu musim lepas dari Arsenal atas kemahuan diri sendiri sedikit sebanyak membawa padah musim ini kerana pertambahan pemain baru.


Bekas rakan sepasukannya, Alex Song baru sahaja menyertai kelab gergasi Sepanyol itu dan ini akan memeningkan lagi kepala jurulatih, Tito Vilanova untuk memilih pemain.


Fabregas perlu ingat bahawa dia telah dijanjikan sebagai pemain gantian jangka masa panjang kepada Xavi. Xavi masih lagi bermain seperti biasa dan Cesc harus faham situasi ini.


Bermain dalam kelab yang hebat dan dipenuhi bintang bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Malahan gandingan sedia ada, Xavi-Iniesta-Busquets cukup hebat ditambah pula dengan kehadiran Fabregas dan Song yang kini sedang mencari ruang untuk menembusi kesebelasan utama Barca.


Nasihat saya kepada Cesc, dia harus bersama kerana Xavi mungkin tidak mampu berada pada tahap terbaik musim depan dan ini memberi peluang kepadanya untuk maju ke hadapan.
 

 

City idam Ronaldo


Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo menafikan khabar angin bahawa dia mungkin meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Manchester City.
Penyerang Portugis itu mendedahkan kesedihannya di Bernabeu kepada umum dengan tidak meraikan jaringannya menentang Granada sewaktu menang 3-0 minggu lepas.
Dia kemudian memberitahu pihak media bahawa tindakannya adalah kerana dia "sedih dan pihak kelab tahu mengapa."
Ronaldo bagaimanapun komited kepada Real tetapi khabar angin tidak berhenti meniup kencang.
Kelab mewah, Manchester City dikatakan sedar dengan keadaan Ronaldo dan akhbar Daily Star melaporkan Roberto Mancini sedang menyediakan bidaan rekod dunia sebanyak GBP95 juta (RM470 juta) untuk Ronaldo
 
 
Template Created by Creating Website Published by halimislam.com