City idam Ronaldo


Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo menafikan khabar angin bahawa dia mungkin meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Manchester City.
Penyerang Portugis itu mendedahkan kesedihannya di Bernabeu kepada umum dengan tidak meraikan jaringannya menentang Granada sewaktu menang 3-0 minggu lepas.
Dia kemudian memberitahu pihak media bahawa tindakannya adalah kerana dia "sedih dan pihak kelab tahu mengapa."
Ronaldo bagaimanapun komited kepada Real tetapi khabar angin tidak berhenti meniup kencang.
Kelab mewah, Manchester City dikatakan sedar dengan keadaan Ronaldo dan akhbar Daily Star melaporkan Roberto Mancini sedang menyediakan bidaan rekod dunia sebanyak GBP95 juta (RM470 juta) untuk Ronaldo
Share this article :
 

Post a Comment

 
Template Created by Creating Website Published by halimislam.com