KUANTAN - "Serba tak menjadi." Itu keluhan jurulatih Pahang, Dollah Salleh apabila pasukannya tewas kepada Selangor 4-1 di hadapan 20,000 penyokong sendiri dalam perlawanan Piala Malaysia, di sini kelmarin.
Beliau yang ditemui selepas perlawanan tersebut mengakui kerapuhan di bahagian pertahanan menjadi punca kekalahan mereka kalah meskipun Pahang bijak menguasai permainan.
"Serba tak menjadi khasnya pada bahagian pertahanan yang nampak begitu rapuh.
"Walaupun kita menguasai perlawanan tetapi apabila bermain dengan pasukan Selangor, hanya buat kesilapan sedikit kita terus menerima padah," katanya.
Pada perlawanan kelmarin, walaupun Pahang banyak mencipta peluang gol lawan namun barisan serangan pasukan tuan rumah yang diketuai Jalaluddin Jaafar gagal menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali yang kerap menggagalkan percubaan Pahang.
Mohd. Amri Yahyah memulakan pesta gol Selangor pada minit ke-14, diikuti tandukan kencang Bosko Balaban pada minit ke-32.
Mohd. Amri sekali meledak gol pada minit ke-50 dan empat minit kemudian, Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol empat hasil Selangor.
Pahang mendapat gol saguhati hasil sepakan penalti Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-70.
Post a Comment