KUALA LUMPUR - Selepas kemalangan maut yang menimpa pelumba MotoGP, Marco Simoncelli di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tahun lalu, Grand Prix (GP) Malaysia 2012 kembali dengan sasaran 70,000 penonton pada saingan edisi ke-22 bulan depan.
Masih dibayangi insiden pahit menimpa pelumba Itali itu, SIC berusaha keras menjadikan GP Malaysia 2012 sebagai kejuaraan paling berjaya dengan kehadiran bank terbesar di negara ini, Maybank yang bertindak selaku rakan komersial pada kejuaraan 21 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Maybank sebagai rakan komersial dan berharap GP Malaysia kali ini berjalan lancar sekali pun masih dibayangi tragedi yang menimpa Simoncelli.
"Kerjasama dengan Maybank merupakan satu penghormatan buat SIC dan saya yakin kita masih dibayangi dengan kematian Marco Simoncelli pada GP Malaysia tahun lalu.
"Saya berharap kejuaraan kali ini berjalan lancar dan SIC mampu mencapai sasaran 70,000 penonton, yang bakal mencatat sejarah kehadiran sepanjang GP Malaysia dianjurkan," katanya kepada pemberita pada Pelancaran GP Malaysia 2012 di sini, semalam.
Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah SIC, Datuk Mohd. Aini Taib dan pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin.
Menurut Razlan, sebagai penghormatan buat Simoncelli, SIC akan menganjurkan satu majlis khas bagi mengingati pelumba-pelumba legenda yang pernah menyertai kejuaraan motosikal dunia dengan kerjasama pemegang hak penganjuran MotoGP, Dorna dan San Carlo Honda Gresini Racing Team.
Mengulas lanjut kerjasama dengan Maybank, beliau berharap satu hari nanti bank tersebut bakal menjadi penaja utama GP Malaysia.
"Ini merupakan masa yang paling sesuai untuk Maybank sebagai bank tempatan yang berpengaruh memainkan peranan utama bagi menjayakan MotoGP baik di Malaysia, rantau Asia Tenggara dan juga di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Post a Comment